Fungsi Processor (CPU)
Fungsi
Processor ialah untuk memproses data yang diterima dari masukan (input),
seterusnya akan menghasilkan keluaran (output). Semasa kerja memproses
data tersebut, processor juga akan sentiasa berhubung dengan komponen komputer yang lain, terutamanya hard disk dan RAM. Ia juga digambarkan sebagai “otak” kepada komputer dimana
setiap data akan melalui processor bagi menghasilkan keluaran (output)
yang sepatutnya. Sesuai dengan fungsi processor, ia juga dikenali
sebagai Central Processing Unit atau ringkasannya CPU.
Sebagai
contoh, ketika anda taip alamat blog ini, maka processor akan menerima
masukan tersebut dan berurusan dengan komponen-komponen komputer yang
lain seperti RAM, hard disk, motherboard, dan lain-lain komponen bagi
menghasilkan keluaran / hasil yang anda kehendaki. Sekiranya processor
tidak berfungsi, maka komponen-komponen komputer yang lain juga tidak dapat berfungsi.
Rekabentuk Processor
Pada masa
dahulu, rekabentuk processor sesuai dipasang secara slot. Tetapi kini,
rekabentuk processor semuanya sesuai dipasang secara soket. Umumnya,
kini terdapat dua pengeluar processor iaitu Intel dan AMD. Rekabentuk
luarannya hampir sama, iaitu berbentuk segiempat dan mempunyai pin-pin
yang banyak sebagai connector kepada motherboard. Terdapat rekabentuk
terkini dari Intel iaitu soket LGA775 yang tidak mempunyai pin,
sebaliknya motherboard yang mempunyai pin-pin connector untuk
dihubungkan dengan processor.
Pemilihan Processor
Jika imbas
kembali kepada tips pemilihan motherboard, jenis processor dan soket
processor adalah perkara pertama yang perlu dipastikan sebelum membeli
motherboard. Pendek kata, processor adalah komponen perkakasan komputer terpenting sebelum membeli komponen-komponen komputer yang lain. Perlu diingatkan juga, kebiasaannya processor adalah perkakasan komputer yang paling mahal.